Tadabbur Surah Ali Imran Ayat 93-95
Nota Tàdabbûr
Surah Ali'Imran Ayat 93-95
Jumaat 18/02/2022
Disampaikan Oleh Ustaz Abd Muein
كُلُّ الطَّعَا مِ كَا نَ حِلًّا لِّبَنِيْۤ اِسْرَآءِيْلَ اِلَّا مَا حَرَّمَ اِسْرَآءِيْلُ عَلٰى نَفْسِهٖ مِنْ قَبْلِ اَنْ تُنَزَّلَ التَّوْرٰٮةُ ۗ قُلْ فَأْتُوْا بِا لتَّوْرٰٮةِ فَا تْلُوْهَاۤ اِنْ كُنْتُمْ صٰدِقِيْنَ
"Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu - wahai Bani Israil - sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 93)
Tadabbur Ayat
______
Antara sebab turun ayat
⬇️
* Ahli kitab Yahudi nak menipu nak Allah.
* Mereka mendakwa banyak makanan yang diharamkan kepada mereka sejak zaman nabi Yaacob.
* Mendakwa semua yang diharamkan bukan sebab kezaliman mereka.
* Sebenarnya yang diharamkan zaman mereka nabi Musa.
* Sebab kezaliman mereka Allah haramkan.
* Ayat Allah menafikan tuduhan jahat mereka.
Tadabbur Ayat
______
* Segala makanan dan minuman( الطَّعَا)
Kaitan ayat (الطَّعَا)
⬇️
Al Bãqãrãh 2:249
* Kisah Talut dan Jalud diuji dengan sungai.
* Allah suruh uji ,siapa minum air sungai dia tak layak berperang sebab bukan dari kalangan Talut.
Apa kaitan berperang dengan minum air .?
1) untuk uji siapa yang patuh arahan
2) untuk uji siapa paling sabar
* Semua makan dan minuman adalah halal kepada Bani Israil kecuali yang telah diharamkan oleh nabi Yaakob ke atas dirinya.
➡️Apa yang diharam oleh nabi Yaacob
* Makanan yang nabi Yaakob paling suka
Daging unta dan susu.
* Diharamkan bukan sebab kezaliman nabi Yaacob tapi sebab nazarnya semasa sakit.
Kaitan apa yang diharamkan sebab kezaliman Yahudi
⬇️
وَعَلَى الَّذِيْنَ هَا دُوْا حَرَّمْنَا كُلَّ ذِيْ ظُفُرٍ ۚ وَمِنَ الْبَقَرِ وَا لْغَـنَمِ حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ شُحُوْمَهُمَاۤ اِلَّا مَا حَمَلَتْ ظُهُوْرُهُمَاۤ اَوِ الْحَـوَايَاۤ اَوْ مَا اخْتَلَطَ بِعَظْمٍ ۗ ذٰلِكَ جَزَيْنٰهُمْ بِبَـغْيِهِمْ ۚ وَاِ نَّا لَصٰدِقُوْنَ
"Dan Kami haramkan atas orang-orang Yahudi segala binatang yang berkuku, dan dari lembu dan kambing pula Kami haramkan kepada mereka lemaknya, kecuali (lemak) yang ada pada belakangnya atau yang menyelaputi perkakas dalam perutnya, atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami balas mereka dengan sebab kederhakaan mereka; dan sesungguhnya Kamilah yang benar."
(QS. Al-An'am 6: Ayat 146)
Sambungan ayat tadabbur
* Perintah Allah kepada Nabi Muhammad ﷺ
* Suruh Yahudi bawa kitab mereka Taurat dan baca sendiri jika betul dakwaan mereka.
* Ayat mengajar kita supaya berlaku adil kepada musuh.)
* Tolak dakwaan dengan hujah ( baca sendiri kitab )
* Kitab mereka menceritakan yang diharamkan sejak zaman mereka.
⬇️
فَبِظُلْمٍ مِّنَ الَّذِيْنَ هَا دُوْا حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبٰتٍ اُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِ كَثِيْرًا
"Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah."
(QS. An-Nisa' 4: Ayat 160)
* Allah haramkan benda yang toyyib sebab kezaliman mereka.
* Kezaliman mereka sebab menghalang orang dari dari jalan Allah untuk mendapat hidayah.
* Perangai Yahudi akan guna kitab Allah bila kepentingan,bila bercanggah dengan nafsunya dia akan ubah.
* Perangai ni berlaku kepada umat Nabi Muhammad ﷺ( pilih apa yang dia suka)
* Bukan beriman dengan Allah bila ambil yang dia suka saja tapi nwriamo dengan nafsu.
* Jika kita rasa betul baca al quran dan faham ada tak apa yang kita buat.
* Kalau tak da tinggalkan.
_________
فَمَنِ افْتَرٰى عَلَى اللّٰهِ الْكَذِبَ مِنْۢ بَعْدِ ذٰلِكَ فَاُ ولٰٓئِكَ هُمُ الظّٰلِمُوْنَ
"(Jika tidak) maka sesiapa yang mereka-reka kata-kata dusta terhadap Allah sesudah yang demikian itu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 94) Tadabbur Ayat
_____
* Zalim setelah ada bukti atau ilmu dah sampai.
* Sengaja tak nak belajar kena qada
* Yahudi berdusta kepada Rasul dan Allah
* Bukan benda pelik jika Yahudi nak hancurkan umat islam sekarang.
* Yahudi tak akan redha sehingga kita ikut mereka.
* Allah puji ahli kitab sebab baca quran nak faham dan beramal.
* Allah puji khas ahli kitab baca quran waktu malam ketika sujud( baca dalam solat)
( Ali Imran 3:133)
Kelebihan baca waktu makam
* Lebih Ikhlas
* Lebih fokus senang nak tadabbur
⬇️
Surah Muzammil : 5-6
* Lebih terkesan dijiwa
* Lebih menyentuh hati.
* Kesan yang sangat luar biasa
_________
قُلْ صَدَقَ اللّٰهُ ۗ فَا تَّبِعُوْا مِلَّةَ اِبْرٰهِيْمَ حَنِيْفًا ۗ وَمَا كَا نَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 95)
Tadabbur Ayat
______
* Perintah Allah kepada Nabi ﷺ.
* Semua yang Allah cakap benar صَدَقَ اللّٰهُ
* Dakwaan Yahudi bohong.
* Maka ikutlah agama Nabi Ibrahim yang tidak pernah condong kepada kesyirikan dan dia bukan dari orang musyirik.
➡️ kenapa ayat tak suruh ikut Nabi Muhammad ..?
* Yahudi tak terima Nabi Muhammad.
* Mereka terima Nabi Ibrahim sebab mereka mendakwa Nabi Ibrahim dari agama mereka.
* Tapi ikut Nabi Ibrahim yang hanya sembah Allah yang satu.
* Sunat baca tasbih kifarah lepas habis baca quran sebab kadang kita ada silap sebut dan lagi berdosa bila tak faham.
Comments
Post a Comment