TadabburSurah Al Imran Ayat 100-102
Nota Tadabbur Surah Al’Imran ayat 100-102 Tarikh / Masa : 24Feb 2022 / 09:15pm ( Khamis ) Di Sampaikan Oleh : Ustaz Abd Muien Bin Abd Rahman Tajuk : ” Adakah kita berada Dijalan Yang Benar??” Surah Al’Imran Pengajaran ayat 98 1) Allah memerintah RasulNya dan UmatNya agar mencela Ahli Kitab kerana kekufuran mereka terhadap ayat-ayat Allah. 2) Sesiapa yang kufur terhadap ayat Allah maka dia berhak dicela dan dia juga menyerupai orang yahudi dan nasara . 3) Allah maha menyaksikan apa sahaja yang dilakukan oleh hamba-hambanya sama ada yang beriman atau yang kufur. 4) Amaran keras kepada sesiapa yang kufur terhadap ayat-ayat Allah kerana Allah sentiasa memerhati setiap perbuatan mereka dan akan membalasNya dengan seadilnya. 5) Allah akan hanya membalas apa yang dilakukan oleh atau yang diucapkan ada pun yang terlintas didalam hati ataupun fikiran tidak akan dicatit dan tidak akan dibalas. Pengajaran ...