TadabburSurah Al Imran Ayat 100-102
Nota Tadabbur
Surah Al’Imran ayat 100-102
Tarikh / Masa : 24Feb 2022 / 09:15pm ( Khamis )
Di Sampaikan Oleh : Ustaz Abd Muien Bin Abd Rahman
Tajuk : ” Adakah kita berada Dijalan Yang Benar??”
Surah Al’Imran
Pengajaran ayat 98
1) Allah memerintah RasulNya dan UmatNya agar mencela Ahli Kitab kerana kekufuran mereka terhadap ayat-ayat Allah.
2) Sesiapa yang kufur terhadap ayat Allah maka dia berhak dicela dan dia juga menyerupai orang yahudi dan nasara .
3) Allah maha menyaksikan apa sahaja yang dilakukan oleh hamba-hambanya sama ada yang beriman atau yang kufur.
4) Amaran keras kepada sesiapa yang kufur terhadap ayat-ayat Allah kerana Allah sentiasa memerhati setiap perbuatan mereka dan akan membalasNya dengan seadilnya.
5) Allah akan hanya membalas apa yang dilakukan oleh atau yang diucapkan ada pun yang terlintas didalam hati ataupun fikiran tidak akan dicatit dan tidak akan dibalas.
Pengajaran ayat 99
1) Allah memerintah Rasulullah SAW agar mencela Ahli Kitab yang sentiasa menghalang manusia daripada jalan Allah.
2) Sesiapa yang menghalang manusia dari jalan Allah sama ada yang beriman menjadi kafir atau yang kafir kekal dalam kekufuranNya maka dia menyerupai orang Yahudi dan Nasara.
3) Musuh Islam bukan sahaja syaitan daripada kalangan Jin tetapi juga syaitan dari kalangan manusia sebagai mana disebut oleh Allah dalam surah Al An’am ayat 112
وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوّٗا شَيَٰطِينَ ٱلۡإِنسِ وَٱلۡجِنِّ يُوحِي بَعۡضُهُمۡ إِلَىٰ بَعۡضٖ زُخۡرُفَ ٱلۡقَوۡلِ غُرُورٗاۚ وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُۖ فَذَرۡهُمۡ وَمَا يَفۡتَرُونَ
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
( QS 6 : Al An’am 112 )
4) Ayat ini mendorong orang-orang beriman agar sentiasa melazimi syari’at Islam dan berada pada jalan Allah kerana itulah tujuan manusia dicipta kerana itulah tujuan sahaja manusia dicipta kerana cara itu sahaja akan sampai ke Syurga.
5) Sesiapa yang menghalang manusia yang telah beriman dari jalan Allah sehingga dia murtad dosanya adalah lebih besar daripada orang yang menghalan manusia yang kafir agar tidak beriman dan terus dalam kekufuran.
6) Ahli Kitab khususNya Nasara sentiasa berkerja keras siang dan malam untul memurtadkan orang-orang Islam tanpa mengira penat dan lelah sedangkan mereka yakin bahawa mereka berada di atas kebatilan manakala oraang beriman jaran sekali berdakwah mengajak manusia kepada Islam sedangkan mereka agama mereka yakin, agama mereka agama yang benar.Ayat lepas cerita tentang akidah dan usaha ahli kitab untuk murtadkan orang beriman
Ayat malam ni Allah bercakap dengan orang beriman.
يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْۤا اِنْ تُطِيْعُوْا فَرِيْقًا مِّنَ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ يَرُدُّوْكُمْ بَعْدَ اِيْمَا نِكُمْ كٰفِرِيْنَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 100)
Tadabbur Ayat
______
* Allah bercakap terus bukan nabi yang cakap dengan orang beriman.
* Sebab Allah tak da masalah dengan orang beriman.
* Antara Allah dengan ahli kita ada masalah sebab itu Allah suruh Nabi Muhammad ﷺ yang bercakap.
➡️ Allah guna perkataan "wahai orang beriman"
* Maknanya kita kena betul betul dengar dan fokus sebab ada perintah atau larangan dari Allah berkaitan iman kepada kita.
* Iman sangat mulia dan ada nilai disisi Allah.
* Iman ada tuntutannya / tanggungjawab.
* Iman juga sebagai bukti kamu beriman atau berpura pura.
* Bila orang beriman taat dan patuh kepada orang yang diberi kitab orang beriman akan murtad.
* Allah sebut kitab sebab double jahat guna kitab Allah untuk murtadkan orang.
➡️Pengajaran untuk kita bukan semua orang yang diberi kitab, pandai baca,hafal quran adalah baik.
Sebab turun ayat
⬇️
Kisah Aus dan Khazraj kabilah Arab yang besar yang sentiasa berperang.
* Buaz - perang yang paling besar, Nabi ﷺ datang satukan mereka macam adik beradik.
* Yahudi dengki dengan menimbulkan cerita lama sehingga mereka hampir berpecah kembali.
* Nabi ﷺ sedarkan mereka dengan kisah mereka sebelum kedatangan Nabi Muhammad ﷺ.
* Akhirnya Yahudi gagal nak pecahkan mereka.
➡️Bentuk atau cara Yahudi nak memurtadkan orang beriman.
1) Guna perempuan
* Perempuan fitnah paling bahaya kepada lelaki, menyebabkan lelaki tinggal agama.
2) Cinta harta
* Bila cinta harta habis tinggal agama.
3) Perkauman
➡️ Allah sebut sebahagian saja ahli kitab yang berusaha nak memurtadkan orang beriman.
* Macam mana kita nak tahu yang tak semua yang nak memurtadkan orang beriman?
⬇️
2 pendapat:
1) Ada ahli kitab yang beriman setelah datang kitab , sebahagian lagi tak beriman.
2) Semua orang kafir nak memurtadkan orang beriman (An Nisa' : 89)
* Kena berhati hati dengan semua ahli kitab dan orang kafir.
* Tidak boleh taat kepada orang kafir dalam bab agama.
_________
وَكَيْفَ تَكْفُرُوْنَ وَاَ نْـتُمْ تُتْلٰى عَلَيْكُمْ اٰيٰتُ اللّٰهِ وَفِيْكُمْ رَسُوْلُهٗ ۗ وَمَنْ يَّعْتَصِمْ بِا للّٰهِ فَقَدْ هُدِيَ اِلٰى صِرَا طٍ مُّسْتَقِيْمٍ
"Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 101)
Tadabbur Ayat
______
* Allah tanya bagaimana orang beriman boleh kufur?
* Sangat juah (كَيْفَ) untuk kamu kufur dan murtad sebab kamu ada Nabi ﷺ yang sentiasa bacakan ayat ayat Allah dan
* Sangat pelik (كَيْفَ) kalau kamu kufur.
* Sebab murtad bila tiada Rasul atau Al quran.
* Kita ada kitab dan sunnah tak mudah untuk murtad bila kita baca dan ikut (تُتْلٰى)
* Ada al quran tapi guna sunnah orang lain juga mudah untuk seseorang murtad.
* Ada quran tapi tak faham kita tak akan selamat.
* Iman bila masuk dalam hati ,keyakinan seseorang kepada akhirat sangat tinggi , sehingga ada yang sanggup mati dalam api dunia.
Sambungan ayat tadabbur
* Bila seseorang hanya berserah kepada Allah.
* Dia akan diberi petunjuk kepada jalan yang lurus
( siratal Mustaqim)
* Cepat sampai dan tak mungkin sesat.
________
يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا اتَّقُوا اللّٰهَ حَقَّ تُقٰتِهٖ وَلَا تَمُوْتُنَّ اِلَّا وَاَ نْـتُمْ مُّسْلِمُوْنَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 102)
Tadabbur Ayat
_____* Takwa - Pelindung
* Buat yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang itulah pelindung kita dari azab Allah.
* Asas takwa kena faham perintah dan larangan Allah.
* Bertaqwalah setakat yang kita mampu ( حَقَّ تُقٰتِهٖ)
⬇️
فَا تَّقُوا اللّٰهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَا سْمَعُوْا وَاَ طِيْعُوْا وَاَ نْفِقُوْا خَيْرًا لِّاَنْفُسِكُمْ ۗ وَمَنْ يُّوْقَ شُحَّ نَفْسِهٖ فَاُ ولٰٓئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ
"Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya."
(QS. At-Taghabun 64: Ayat 16)
Allah tidak akan membebankan seseorang setakat yang dia mampu.
Contoh solat:
* Tak boleh solat berdiri duduk
* Tak boleh duduk baring
* Tak boleh wuduk, tayammum.
Sambung ayat tadabbur
➡️Allah larang jangan kita mati jika bukan dalam islam.
* Tanda Allah sayang nak kita masuk Syurga.
* Kita boleh tentukan hujung kematian sama ada mati dalam islam atau kufur nauzubillahiminzalik
Caranya :
Istiqamah dalam amalan ahli syurga untuk mati dalam islam.
➡️Ada orang buat amalan ahli syurga tapi ahli neraka sebab tak ikhlas.
➡️Ada orang yang buat amalan ahli neraka tapi masuk syurga sebab sentiasa bertaubat walaupun berulang kali buat dosa.
( Jangan kutuk
Comments
Post a Comment